3minggu aku di kampus baru. Alhamdulillah..aku dah boleh senyum dan ketawa semula. Dari hati bukan yang plastik punya. Boleh bernafas semula tanpa ada rasa sakit dalam dada.
Bagi memenuhi permintaan seorang teman, aku akan mula bercerita kenapa aku lama menyepi dan kenapa aku berada di sini. Ya, di sini. Di tempat baru ini. Entry ini mungkin baru intro je. Aku pun memang nak melepaskan segala2nya supaya benda ni berhenti dari berlegar2 dalam kepala aku dan mengganggu tumpuan aku terhadap perkara lain...InsyaAllah..
Ok sebagai pengenalan. Dulu. Aku budak medic. Sekarang. Aku ambik Bio gunaan. Soalan standard dari orang bila aku cakap aku tukar course...kenapa? Jawapannya mudah..aku rasa aku tak sesuai untuk jadi seorang doktor. Cerita di sebaliknya? Hmm..kena start flashback la nih.
2001-2003.
Aku ambik SPM. Dapat result okla jugak dan layak masuk matrik. Aku taknak pegi memula sebab aku bajet nak amik diploma jek. Tapi family aku soh gi. Maka aku pun gi jela. KMS. Tula nama kolej matrik aku. Aku amik Bio. Seronok kat sana:). Environment dia bes dan cikgu2 pun sangat baik. Very warm and friendly. Bio aku mase SPM adalah 5C. Tapi mase matrik aku pulun abih2 try score dan Alhamdulillah aku dapatla apa aku nak. Walaupun pointer aku takdela 4.0 tapi pointer aku melayakkan aku apply medic. Maka family aku soh amik medic. Biasala, sape taknak ada doktor dalam family kan. Dan Alhamdulillah aku dapat masuk medic.
2003/04.
Freshie. Susah nak cope. Fail exam Profesional 1. Kena repeat year sebab sistem integrasi. Paper bukan ikut subjek. Satu paper je sume soalan dicampur gaul kat situ. Bila tau result, bagitau bapak aku. Mengharapkan sokongan dia tapi hampa. Mungkin dia taktau nak cakap apa atau aku yang terlebih emosi. Tak pasti. Takpela. Seperti biasa pujuk hati sendiri.
2004/05.
First year repeat. Susah. Amik masa untuk bangun balik. Nasib baik ada sokongan dari kawan2 senasib dan Penasihat Akademik, Dr R. Dr R sangat memahami walaupun dia bukan medical doctor. Alhamdulillah pass exam Profesional 1.
2005/06.
2nd year. Takde ape sangat. Biasa je. Tapi dah start ade clinical. Maksudnya kena gi wad dan cari patient pastu buatla apa2 yang patut.
2006/07.
3rd year. Nak exam Profesional 2. Cuak yang amat sangat. Tiba2 datang ragu2. I think I don't belong here. Tapi tak cite kat sesapa. Exam habis. Lega. Lulus. Tapi tak bape hepi.
2007/08.
Masuk 4th year. Rasa tak semangat. Masa ni dah start clinical. Mostly. Kumpulan dibahagikan ikut posting. Aku dapat Pediatrik. Kanak2. Susah. Tak reti nak deal ngan budak2.
Tension. Sampai penah sebut cam nak tukar course. Tapi kena gelak ngan kawan2. *sigh*
Penah cuba meluahkan perasaan tapi tersalah tempat.
Satu malam. Tension sangat. Taktau apa yang merasuk. Buat tindakan bodoh. Paling bodoh dalam hidup. Apa dia? Mungkin akan diceritakan lain kali. Kena masuk wad medikal (wad sakit2 biasa). 8 hari admitted. Mak jaga. Kawan2 dan pensyarah datang menjenguk. Bermacam2 reaksi mereka. Ada yang memahami, ada yang memberi pandangan sinis dan macam2 lagila. Diasak dengan persoalan..kenapa buat macam ni? Terdiam. Taktau nak jawab. Tak rasa percaya dengan sesiapa untuk menceritakan segala-galanya. Dirujuk kepada pakar psikiatri. Bertukar2 jugakla doktor nya sampai lah doktor yang terakhir Dr A. Doktor perempuan. Grad dari universiti yang sama. Lepas keluar wad. Family risau. Tengok aku diam dan tak cite pun kat diorang. Banyak berkurung dalam bilik dan tidur. Dibawak jumpa bomoh. Tak suka. Tapi ikut je for the sake nak memuaskan hati family. Masuk kelas balik. Ada mata2 yang memandang sinis. Namun tetap ada yang prihatin. Tapi dah tawar hati. Akhirnya, tangguhkan pengajian setahun. Decide buat penangguhan sebab rasa nak cuba jugak usaha untuk jadi doktor. Tak sampai hati nak hampakan family.
Dalam masa penangguhan tu, dok kat rumah. Tak kije. Tapi tolong masak, jaga lembu dan kekadang jadi babysitter anak buah sendiri. Bilangan kena jumpa bomoh :7x. Siap mandi bunga semua. Membazir duit je. Aku tak penah rasa makin sihat pun lepas jumpe bomoh tu. Tapi pegi jugak. Nak puaskan ati family. Oh ye follow up dengan Dr A pun gi jugak. Tapi masa family aku dah caye aku gi sendiri jumpa doktor, aku tak gi. Aku tipu. Aku gi tido tempat lain. Ni la first time aku default treatment.
2008/09.
Abih penangguhan. Start 4th year balik. Posting psychiatry. Lega sikit sebab psychiatry tak susah sangat. Start belajar. Dengan semangat baru. Cuba bersikap sepositif mungkin. Dan di sini lah bermulanya salah faham. Orang ingat aku dah jadi manic ('gila') sebab nampak perubahan dalam diri aku. Berbeza dengan aku yang dulu. Dan seperti yang aku beritahu sebelum ni, tak ada yang menegur dan bersemuka dengan aku untuk bertanya dan menasihati. Mereka lebih suka mengadu dengan Dr A. Kononnya nak tolong aku. Bullsh*t.
Satu petang. After office hour. Tengah lepak bilik kawan. Dr A call. Soh datang klinik. Bagitau kawan2. Diorang offer diri nak ikut tapi aku menolak. *slow gila aku masa ni..aku rase kawan2 aku dah tau dah apa yang Dr A nak cakap*. Mungkin cuba nak menunjukkan sokongan. Bullsh*t. Lagi sekali.
Gi klinik. Sorang2. Staf2 kat sana pun dah pandang semacam kat aku. Tapi aku tak suspek apa2. Jumpa Dr A. Dia kata "berdasarkan pemerhatian kawan2 dan kakitangan, awak ni ada ciri2 manic"...Gua dah sentap dah masa ni. Kawan2? Yang mana kan. Takde pun yang bagitau aku. Pastu dia kata aku kena admitted ke wad psikiatri, wad 5 dan kena start makan ubat. Petang tu jugak. Perasaan aku? Rasa nak lempang je Dr A. Sebabnya dia taktau lagi the whole story pasal aku, tak tanya pun betol2..tup2 soh aku masuk wad berdasarkan apa yang orang lain cakap. Bullsh*t. Kali ketiga. Tapi still ikut cakap dia sebab malas nak kecoh2.
Rasa sedih gila. Kosong. Ikut sorang atendan pompuan ni naik ke wad. Dia lak nak cuba beramah mesra dengan aku. Aku yang tengah hangin jawab gitu2 je. Dalam hati aku "ah,ko takyah nak wat2 baik ngan aku..plastik"
Masuk wad 5. SMS kawan2 yang boleh dipercayai (yang bukan dalam kampus). Rumet dan kawan2(buwekkk) datang bawak barang2 aku. Wat2 ceria. Pastu diorang blah. Student Dr A, Dr Az (pompuan)datang. Ambik history. Aku tak ingat dah aku merapik apa tapi mata dia bergenang dengar cite aku. Ada sedikit persamaan antara kami. Dia orang Terengganu dan pernah jugak repeat year tapi masa ambik master la.
So, bermula la hidup aku dalam wad psikiatri. 20 hari aku stuck dalam tu. Takleh keluar sesuka hati sebab ada grill. Nak tau lagi ke? Sambung next entry....:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APa2 pun pilihan awak, saya doakan awak berjaya dlm apa yang sedang atau dah awak usahakan. Pasal font tu, insya'Allah saya akan cuba kemukakan dengan pihak penerbitan dan editor walaupun ianya di luar kuasa saya, tapi tak salah mencuba kan? Sekali lagi salam perkenalan blog
ReplyDeletetq very much.salm2..
ReplyDeleteLet bygone be bygone and so on be so on, when the going gets tough, the tough gets going.. Teruskan perjuangan k..
ReplyDeleteTq awk kerna sudi berkongsi 'rasa'.. Harap dapat bc sambungan lg nanti.. Take care..
:)
Takpa la..Masalah/Problem tu la yg jadikan lebih baik.
ReplyDeletekalo hidup graf garis luru, takdak makna.
kalo hidup graf kuadratik, sgt wonderful.
live the life.
penduga arus, tq awak..u take care too
ReplyDeletepaiz, ko ni ngajor maths ke ape?hehehe..nway,nice to see u again:)