Sunday, July 26, 2009

Sambungan...

Good morning. Gua dah ready nak sambung cite sedih gua. Gua kalo leh nak setelkan arini gak sebab gua dah serabut. Gua kalo serabut2, mula la rase cam nak menyepak orang..hoho.

2008/09
Wad 5. Hidup gua memang dasat time ni. Gua gaduh ngan nurse, ngan patient lain kalo gua tak puas ati. Gua dah letih nak jadi plastik. Tapi Alhamdulillah gua belaja banyak gila pasal orang time gua dalam wad tu. InsyaAllah kalo gua rajin nanti gua cite detail sikitla pasal orang2 baru yang gua kenal masa dalam wad. Tapi bukan dalam entry ni la.

Masa gua dalam ni barula gua tau sape sahabat gua. Gua sampai terpaksa merayu dengan kawan2 gua soh datang tengok gua. Gua tension bro kena kurung dalam tu. Tapi tu la. Orang ni nak share mende2 hepi je ngan kita, nak dengar cite2 lawak je. Bila masuk hal sedih orang semua kalo bole nak lari. Tapi takpe. Gua redha.

Yang gua terkilan nya dalam gua tension gila babas tuh ada lagi makhluk2 perosak yang nak cari pasal ngan gua. Kawan gua N (pompuan) yang konon2nya nampak cam besfren gua selama ni leh lak wat soklan maut kat gua "nape kita cam dah lain eh?". Dia SMS gua. Gua yang takde kredit pastu baru bajet2 nak tido terusla tulis note kat dia. Gua cakap "aku sebenarnya banyak terasa dengan ko. Tapi takpela, aku dah maafkan semua tu. Kita dah lain sebab aku sekarang terkurung kat dalam ni tapi ko tak"..gitulah lebih kurang. Alhamdulillah pastu kitorang start 0-0 balikla. Takde dendam2 ni. Dia pun penah SMS gua masa gua menyepikan diri. Gua ingat lagi SMS dia "sepanjang hidup aku, ko la kawan aku yang paling baik sekali". Gua tak balas. Tapi gua nangis lepas bace SMS tu. Mungkin dia pun tengah ada problem or tension sampai leh buat statement camtu. Tapi biarlah. Gua tak berdaya nak tolong dia masa tu..huhu.

Makhluk perosak yang kedua. I (pompuan). Dia ni walaupun 1 matrik ngan aku, aku lebih senang baik2 dengan dia secara superficial je. Sebabnya mulut dia tu cabul sangat kadang2. Satu petang. Dia datang kat gua dalam wad. Dia tengah posting psikiatri masa tu. Gua pun sebenarnya. Tapi dari student gua dah jadi patient. So, dia datang kat gua. Nak clerk gua, nak tau story gua. Maknanya dia sebagai student dan gua sebagai patient. Bukan sebagai kawan. Tapi gua refuse. Gua cakap tak larat nak cite masa tu. Gua soh dia clerk patient lain, RA. Pastu gua gi mandi. Balik dari mandi, gua balik katil gua. I pandang gua. Dia cakap "cam tak dapat apa2 pun". Masa tu RA ada lagi kat situ. Terkebil2 tengok gua. Gua pun cakap "cara ko tanya kot..nada ko tu"..hah,amik ko. Tu la gua first time sound dia depan2. Hijau muka dia. Tapi manusia. Mana nak mengaku salah dia. Sapa nak mengaku kan kalo dia berak tengah jalan...huhu. Pastu berlawan2 la cakap ngan aku. Dia bajet selama ni dia la yang berkorban jaga hati kitorang. Dia pelik nape kitorang tak bape rapat ngan dia. Hekeleh, kalo ko tak ramai kawan, maksudnya ko la yang ade problem. Rumet ko pun sampai pindah bilik kan. Last2 gua malas nak bertekak ngan dia. Gua salam dia gua cakap mintak maaf. Tapi gua suruhla dia balik fikir2 sikit apa yang gua cakap. Pas dia blah gua gi semayang. Jurai2 dah gua masa tu. Pelik gila gua dengan manusia ni. Tak sensible langsung. Bodoh. Dah bodoh taknak mengaku pulak tu. Dan petang tu wad 5 sunyi je sebab budak yang paling bising tengah dok nangis kat katil dia...huhu. Nila part yang gua suka masa dalam tu. Gua takyah pakai 'topeng'. Gua boleh expresskan perasaan gua sesuka hati gua. Tapi sekarang gua dah berdamai dah ngan I.

Makhluk perosak ketiga. Ni yang paling durjana sekali ni. Tak serik2 merimaskan hidup orang sampai arini. Gua bagi nama J (laki). Kawan sekampung gua. Malas ah nak cite cane masa mula2 dia kontek gua kat U. Gua brief sikit jela. Gua baik ngan dia. Penah keluar ngan dia. Pas kuar ngan dia, dia SMS gua. SMS yang cam terharu gila kuar ngan gua bla3. Gua dah cuak. Mamat ni cam syok kat gua je. Gua tak syok kat dia pun. Gua nak kawan je ngan dia. Pastu mula la era dia hari2 mau SMS gua, kol gua. Gua sudah mula rimas. Sudah ada rasa mau sepak dia. Tapi gua sabar lagi. Gua bitau dia leklok yang gua tak suka dia dok SMS gua hari2 gitu semua. Dia macam faham. Gua ulangi..macam faham. Tapi tak faham pun. Bengap. Last2 bila gua dah tak tahan pastu campur ngan tension ngan orang lain lagi, gua panggil dia b*bi. First time dalam hidup ni gua panggil orang camtu ...~tazkirah : tak baik bagi gelaran kat orang ye kawan2~ ..Tapi gua memang dah tak tahan gila masa tu. Gua tulis kat blog lama gua. Pastu si J yang cengeng ni nangis sebab gua panggil dia camtu. Puas hati gua. Tapi dia still nak cari pasal ngan gua. Siap ngadu ngan abang dia. Apa barang ngadu kat abang. Gua pun tak ngadu kat abang gua. Pastu abang dia pun sama bangang. Mungkin lebih bangang sebab dia lagi tua. Siap nak saman gua nih. Dia punya lawyer pun dah baca blog gua. Lawyer tu kata "pompuan ni memang kuat semangat tapi kalo dia tak menghargai orang2 di sekeliling dia, dia akan jatuh"...Oi b*bi! Ha,kan dah dapat. Gua dah jatuhla time tuh yang gua kena sumbat dalam wad psikiatri tuh. Lu ingat2 gua suka2 nak masuk situ? Bodoh. Belajar tinggi2 sampai jadi lawyer tapi bodoh. Tapi last2 takde pun datang jumpa gua. Kecutla tuh..hoho. Tapi lepas tu gua berbaik balik ngan dia. Dengan J ni. Tengok. Gua memang tak reti nak gaduh2 ngan orang ni. Orang je suka nak cari gaduh ngan gua. Ingat gua ni apa? Punching bag? Belasah kang baru tau..huhu. Sekarang ni J nye penyakit tak faham bahasa ni datang balik. Setakat ni gua mampu sabar lagi. Sok2 taktau la. Teringin gak gua nak wat dia nangis lagi sekali *evil*

Masa dalam wad 5 tu gak, gua sudah belajar saikokan orang. Termasuk Dr A. Muhahaha. Gua cakap yang gua sanggup masuk wad tu sebab gua sayang kat dia. Gua taknak dia nyesal kalo keputusan yang dia wat ni silap. Dia senyum je. Menten. Bagus. Buku dah jumpa ruas. Sebelum masuk wad tu gua penah gaduh ngan dia dalam wad tu. Dekat kaunter depan staf2 ngan patient lain. Dia marah gua tak siap report. Gua melawan. Gua cakap jangan desak2 gua. Gua akan siapkan report gua tu. Doktor2 lain, nurse ngan sister dah buat muka cuak masing2. Yela, Dr A ni dikenali sebagai seorang yang strict dan agak kerek. Tetiba gua ni student (yang tak siap keja lak tu) boleh pi bergaduh ngan dia. Tapi gua cam biasa. Takde dendam pun kat dia. Dia nak tengok gua sopan, gua wat gaya sopan depan dia. Bwahahaha. Sampai dia suspicious dengan gua. Siap tanya dengan nurse betul ke gua dah jadi sesopan itu. Wahahahaha. Nurse tu plak dah jadi geng gua. Of course la dia backing gua kan. *hmmm...mungkin gua patut masuk Anak Wayang aritu:P*

Tapi gua takleh lupa masa abg sulung gua datang. Dia datang dengan Mak Teh + Pak Teh gua. Gua tak kasi bagitau mak gua. Mak gua ada darah tinggi. Pastu tau jela. Mak kan. Dengar anak masuk wad(lagi?) mau tergezut dia. Bapak gua pun tak bape sehat. Akak gua lak tengah dalam pantang. Abang gua peluk gua lepas dah beberapa tahun dia tak peluk adik dia ni *sebak*. Gua ingat gua bole balik aritu tapi takleh. Gua dah siap kemas beg letak dekat pintu. Sadis tul gua ni..huhu. Mak Teh gua bawak makanan banyak gila. Penuh loker gua. Balang biskut gua letak kat luar je. Sekeping pun gua tak makan. SP, patient Cina ni yang selalu rembat biskut gua. Tapi gua halalkan je. Cuma kekadang gua tegur dia suruh mintak izin dulu. Dia ni the baby of the ward. Patient yang paling teruk sekali. Sampai kena wat ECT (electroconvulsive therapy)*huh..nate gapo nih?*..carik sendiri kalo nak tau. Gua tak larat nak cite. Pastu yang gua takleh lupa En F, occupational therapist kat situ sudah tanya gua "L, taknak wat ECT?"..sambil2 gelak2kan gua. Cilanat tol.Gua pun balas "ok gak..bagi betul sikit pale otak ni..bzzz2"..hoho.

Lepas 20 ari, gua kuar dr wad tu. Balik umah. MC. Sampai next posting. Posting psychiatry gua burn begitu saja. Konon2nya gua akan repeat posting after abih 4th year masa tu. Tapi nampaknya takde rezekila. Gua masuk posting O&G. Jaga orang beranak + sakit puan bagaila. Gua ingat nak jadi lone ranger je. Sebab gua dah takleh masuk ngan sorang minah ni...R. Adala benda yang dia wat. Tak larat nak cite. Tak marah. Tak kecik hati. Tapi terkilan. Kekadang gua nampak dia dalam kelas, gua rase nak menampar je muka dia tu. Nak2 bila dia wat gaya kontrol ayu. Buwekkk...bajet lawa ah tuh. Lawa lagi aku:P ~tazkirah kedua : tak baik riak ye kawan2~

Tangan dah lenguh. Gua pendekkan cite. Gua dah tawar hati. Exam O&G pun gua taktau gua jawab ape. Memang padanla gua fail pun. Gua ponteng posting Pediatrik. Gua wat bodo je. Seb baik pihak U kasi can lagi gua tukar course. Gua nyaris2 nak kena buang dah..huhu.

Sebelum gua tukar course, gua cuti dulu. Dok kat umah. Gua blah dari kampus sana pun senyap2 je. Tak sanggup nak ucap selamat tinggal kat kawan2 gua. Ada sorang kawan gua E yang dah pesan dengan gua soh bagitau dia bila gua nak blah. Tapi gua tak bagitau pun. Rumet gua je tau. Gua blah Jumaat malam. Gua bajet nak datang balik Ahad tu sebab gua ada appointment dengan Dr A. Gua cakap bajet. Tak semestinya gua datang kan. Gua default treatment kali kedua. Gua dah tak jumpa Dr A sampai hari ni. Dalam 6 bulan +++ dah kot. Gua malas. Sebab gua rasa bukan rasa makin sehat pun lepas jumpa dia. Tapi family gua taktau yang gua dah default treatment. Gua wat diam je..huhu.

Oh, ya..diagnosis yang Dr A kasi kat gua adalah Bipolar Disorder *hoh..nate gapo pulok nih?*..carik sendiri. Tak elok spoonfeed je. Tapi sama kes dengan Yassin ex- Brothers la ni..*pergh,gua ade problem cam artis siot...haha*

So, sekarang gitula. Gua dah start ngan course baru. Alhamdulillah, gua rasa lebih tenang sekarang. Lebih hepi. Kalau dulu taktau apa yang gua kejar..huhu. Dan gua sangat bersyukur dalam usia nak masuk suku abad nih *iklan:besday gua 27/8:D*, gua mula kenal sapa diri gua. Gua ada rasa nak berubah. Walaupun banyak menda yang gua belum capai, tapi gua tak kisah. Sebab gua tau kalau gua fokus, InsyaAllah gua boleh capai apa yang gua nak. Gua kan Powerpuff Girl..muhahaha..

Gua malas nak serabutkan pale otak gua ngan benda2 yang tak berfaedah untuk gua. Dan orang pertama yang tiup semangat kat gua adalah dia. Dia kata dia faham apa yang gua rasa. Sebabnya dia pun ada kisah duka dia sendiri. Gua speechless masa dia cakap camtu. Terharu. Tersentuh. Tapi tak nangisla. Pastu gua tanya dia "abih tu awak faham tak saya ada rasa gitu2 kat awak?"..muhahahaha. Jangan percaya. Tu soklan yang tak terluah tu..hehe.

Ermm,rasanya setakat tu jela kot. Gua bukan nak memohon simpati atau minta difahami. Cuma nak berkongsi cerita. Berkongsi rasa. Apa yang baik jadikan teladan. Apa yang buruk jadikan sempadan. Yang penting walau apa pun yang kita buat, jangan sampai membelakangkan agama kita sendiri. Islam. Gua pun tak perfect tapi gua cuba menuju ke arah yang lebih baik...InsyaAllah. Jangan simpati dengan gua. Sekali orang simpati dengan gua, berkali2 gua simpati dengan diri sendiri. Gua taknak camtu. Gua baru nak start bangun balik. So, gua perlukan semangat dan doa dari korang. Kalo sudi nak bagila...hehe. Andai ada simpati, simpanlah dalam hati korang ye..:)...okla, cukup dulu setakat ni kot. Dah panjang gila rasanya nih. Till then, take care guyz...:)

~~Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad..semoga rohnya dicucuri rahmat..aminnn

No comments:

Post a Comment