Anda telah mengadakan ekspedisi dengan kawan2 di dalam hutan. Anda telah terpisah dengan kawan anda apabila tiba2 dilanda kabus yang tebal. Tiba2 muncul seorang bidadari , dia nak anda pilih salah satu barangan magik yang boleh membantu anda melepasi rintangan ini. Apakah yang anda pilih?
Cermin
Buah oren
Epal
Benih
Burung
Pedang
Bola kristal
ok..sila pilih...
Cermin
Warna jiwa : putih
Personaliti : pendiam
Ciri2 jiwa putih adalah ialah cahaya, suci, naif dan bercita2. Mempunyai perasaan prihatin terhadap orang lain. Mengambil berat akan orang di sekeliling mereka. saudara-mara dan kawan2 sangat menyukai mereka. Mereka juga pandai menguruskan masalah.
Buah oren
Warna jiwa : kuning
Personaliti : keseimbangan antara kegembiraan dan kesedihan
Mereka umpama matahari di kalangan kawan2 mereka. Pandai mencipta kegembiraan kepada orang di sekeliling. Tahu membawa kegembiraan. Tahu meringankan beban orang lain. Kebijaksanaan mereka sering dicemburui orang lain.
Epal
Warna jiwa : merah
Personaliti : berani
Mempunyai personaliti yang ceria, aktif, peramah dan suka berkawan telah menjadikan mereka yang berjiwa merah ini sebagai pemimpin dalam komunitinya. Tempat yang ada mereka pasti sangat meriah. Namun, sikap mereka yang terlalu terburu2 dan beremosi membuatkan orang lain tak dapat memahami mereka.
Benih
Warna jiwa : hijau
Personaliti : berkorban demi cinta / kasih sayang
Suka menjaga orang lain. Suka menderma. Mempunyai perasaan kasih sayang dan cinta terhadap semua benda di bumi ini. Inginkan kebebasan tapi suka mengawal kehidupan orang lain. Sikap mereka yang terlalu mengongkong telah menimbulkan ketidakpuasan orang lain. Sangat patuh terhadap prinsip.
Burung
Warna jiwa : biru
Personaliti : memendamkan perasaan
Pendiam tapi sangat bijak. Tahu apa yang mereka nak lakukan dan laksanakan. Demi mencapai matlamat, mereka sanggup memendam perasaan mereka. Faktor2 inilah yang membuat mereka dingin dan kelihatan muram.
Pedang
Warna jiwa : hitam
Personaliti : pemikiran yang tajam
Mereka bukan saja mempunyai pemikiran yang tajam, malah mempunyai penglihatan yang tajam. Boleh mengesan sesuatu yang berlaku dengan melihat keadaan dan wajah seseorang. Sangat berkeyakinan terhadap dirinya. Tegas dengan apa yang mereka lakukan sehingga mengecapi kejayaan yang mereka kehendaki.
Bola kristal
Warna jiwa : ungu
Personaliti : emosi yang tak menentu
Melambangkan kuasa, sensitif dan keseorangan. Kadang2 menjadi tak rasional dan menggunakan kuasanya untuk menindas orang lain. Hidup daalm dunia mereka. Mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan sanggup melakukan apa2 saja demi mengetahui apa yang berlaku.
~suka2 je ni...pilihan gua?sudah pasti la pedang...thunder2..thunder cats..*eh thunder cat ade pedang ke..huhu..hentam*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment