Wednesday, July 22, 2009

Resah

Sejak malam tadi.Teringat dia.Sangat2.Dada rasa sakit.Buat apa pun serba tak kena.Cuba baca komik kegemaran tapi tak berjaya menghilangkan resah ini.Kalo dah komik pun tak layan buku kimia organik tu lagi la kan...hehe.*cett..alasan malas study:P*Cuba tidur.Terlelap.Tak sampai sejam dah terbangun balik.Hantar SMS kat dia.Takde balasan.Melirik ke arah jam.Hampir ke tengah malam.Mungkin dia tido kerana teringat SMS nya petang itu..dia mengadu penat dan ingin pulang ke kampung.Tak marah.Tak kecik ati tapi resah tu tetap taknak hilang.

Bergolek2 kiri kanan atas katil.Ah,takleh jadi ni.Bangun.Ambik wuduk dan mengadu kepadaNya.Lega sekejap.Usai solat,SMS K.Mengadu takleh tido takleh nak watpe.Takde respon jugak.Tak marah.Tak kecik hati.Tapi mengharapkan K boleh meredakan sikit resah tu.

Keluar dari bilik.Lepak kat tangga sambil ambik angin malam..*eceh,tak menahan angin malam tuh*..Tangga tu port gua gayut dengan dia kalo rumet ade kat bilik..huhu.Tak lega jugak.

Balik bilik.conteng2 kat buku meluahkan perasaan ni sambil layan lagu.Teringat kali pertama rasa benda yang sama setahun lepas.Juga kepada dia.Dan aku mengambil langkah berterus terang dengan dia walau mungkin kurang manis dipandang.Yela,pompuan approach laki.Hmmm...dan silapnya masa tu,aku mencanangkan kepada kawan2 lain perasaan ini dan kata2 aku membuat orang salah faham.Ingat aku gatal,obsessed,desperate etc etc.Dan semua tu adalah cakap2 belakang.Takde pun yang bersemuka dengan aku menegur atau menasihatkan.Sehingga akhirnya membuat aku tercampak ke tempat yang rasanya semua orang taknak pegi.Tempat apa?InsyaAllah akan diceritakan lain kali.

Sambung balik kepada perasaan tu.Dulu selepas kekeliruan tu berlaku,aku dan dia terputus hubungan seketika.Kini,kami berbaik semula.Tanpa rasa dendam dan dia adalah salah sorang true friend aku.Pelik tapi benar.Rasa yang datang kali kedua.Kepada orang yang sama.Petunjuk atau apa?Tapi sekarang aku mengambil pendekatan yang lain.Tak berani lagi berterus terang seperti dulu.Dan tak berani bercerita dengan orang2 di sekeliling yang mengenali aku.Serik.Letih.Tak larat dengan salah faham orang.Mengadu kat sini.Walau mungkin ada yang salah faham sekurang2nya kalian tidak mengenali aku.

Pagi ini.Nasib baik rasa itu semakin berkurangan.Lebih tenang.Hanya mengharapkan semuanya berjalan dengan lebih baik hari ini...InsyaAllah:)

2 comments:

  1. Salam perkenalan buat pertama kalinya..Em..biasa la tu sedari. Hidup ni kalau tak ada pasang surutnya, bukan hiduplah namanya. Sedang nak main game pun ada part yang susah nak menang kan?Kan?Apa2hal pun gud luck 4 ur study. And this is a nice and cute blog..

    ReplyDelete
  2. kan2 *sambil angguk pale*.salam perkenalan n tq 4 coming..nice n cute blog huh..*tersipu2:P*

    ReplyDelete