Tuesday, July 28, 2009

Rasa nak sepak orang...huhu

Cerita semalam. Serabut. Emo. Rasa nak sepak orang. Nampak kucing masa balik dari cafe. Ingat nak sepak tapi tak jadi. Tak baik. Kucing comel. Baik sepak orang, lagi puas hati. Dan calon yang terpilih tu adalah B *tepuk tangan*.

B. Lelaki. Sebaya dengan gua. Budak kampung gua. Kawan dari kecik. Pernah bagi harapan kat gua. Tapi dia lupa. Dia pernah cakap gua berbeza dengan pompuan2 lain yang dia kenal. Malas nak cite panjang cane dia wat aku rasa cam sampah tu...huhu.

Dia dah kahwin. Dah ada anak pun. Gua tak pegi pun kenduri dia. Tak cukup kuat. Campur jiwa kacau tengah tangguh study. Dan tak nangis pun ye En K...huhu. Gua tengok wife dia masa gua gi kenduri akak dia. Saja je gua gi time orang semayang Jumaat. Malas nak bertembung dengan B. Lawala wife dia. Specky cam gua gak. Tapi lawa gua lagi la *baca dengan gaya berlagak*...muhaha.

Baru2 ni. Dia ada SMS dengan kol gua tapi gua wat bodo je. Gua sebenarnya dah delete dah no dia. Tapi still ingat no dia. Lekat lagi dalam pale otak gua. Dia cakap dia mimpikan gua. Pehal? Dah ada bini pun sibuk nak mimpi pasal gua *meremang bulu roma*...

Gua ingat raya ni gua nak jumpa dia. Kalo dia ada balikla kan. Gua nak cakap dengan dia "terima kasih awak sebab tak pilih saya"..muhahahaha. Takdela. Nak wat ayat lagi best, yang kaw2 punya biar sampai dia menyesal lepaskan aku dulu *evil*..
B,
Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih sebab pernah ajar saya mengharap. Terima kasih atas segala2nya. Awaklah orang pertama yang buat saya rasa dihargai sebagai seorang pompuan. Dan akhirnya awaklah juga orangnya yang menghancurkan harapan saya. Tapi saya dah tak salahkan awak. Alhamdulillah, kalo ini semua tak berlaku tak mungkin saya sebahagia sekarang. Dan Alhamdulillah saya dah jumpa seseorang yang terbaik untuk saya.*senyum lawa:D*
Muhahaha. Ilmu saiko semakin maju. Tapi betullah. Dalam hidup, kita jangan terlalu mengharap sangat sebab harapan ni kadangkala boleh memusnahkan kita.
"Just go with the flow, take one day at a time. It's simple, but it works. everyone says "what if this or that happens?" It's not 'if'..it's when. and the 'when' can happen tonight or tomorrow. Learning to 'let go' has been a hard lesson for me to learn"
~Sandra Bullock~
Cerita lain. Aku dan dia. Aku kol dan SMS dia semalam tapi takde balasan. Takpela, mungkin dia tengah apply tips2 yang aku bagi tu. Cewah! Mungkin jugak dia tengah memikirkan cara untuk memastikan aku tak terlepas dari tangan dia. Muhahaha.
Pagi ni dah lega sikit. Semalam barula aku tido lama sikit. Maklumla sejak penyakit angau datang ni, gua jadi tak keruan tau tak. Seksa. So, sekarang gua nak bertobat. Nak siapkan tutorial gua. Nak study untuk kuiz esok. *sedar diri*
Erm, pasal tips tu KIV dulu ye..:)..cao!

3 comments:

  1. gua singgah sini .. baca lu punya citer .. gua rasa tertarik .. masuk dlm list temankan gua wat keja .. ahaks .. jump dr blog rainbox (hahahaha)

    ReplyDelete
  2. tq bro baca blog gua.no hal,gua leh je temankan lu..:)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete