Wednesday, August 5, 2009

Alhamdulillah...:)

Acara meroyan sorang2 berjalan sekali lagi. Ke BJ tapi kali ni perjalanan agak sengal gakla. Lepas kelas kita naik bas. Arini kita sempoi gile. Kita pakai t-shirt plain kaler putih ngan cap merah plain. Suar semalam. Muhahahaha.

Kita naik bas dok sebelah seorang perempuan Cina. Kita sembang2 dengan auntie ni. Bila kita tanya auntie kerja kat mana dia nampak berat sangat nak bercakap. Tapi takpela. Kita diam je. Pastu bila dah sampai BJ, kita salam dengan dia and cium tangan dia pastu kita cakap "auntie..kita pergi dulu ye"..hahaha. Terencat tak. Cam budak2 tadika nak gi sekolah pun ada rasanya. Tapi kita tingat mak kita and nenek kita serta Tok Wan yang kita kenal masa dalam wad psikiatri dulu. Kita suka salam Tok Wan pastu peluk cium dia lepas semayang. Pastu kita tersentuh sangat bila Tok Wan kata kat kita "dia ni pandai sungguh amik ati aku" depan anak2 dia...*sebak*..sila lap airmata ye K.Masy ngan Abg Yaman. Muhahahaha. Akak ngan abg ni leh wat Kelab Cengeng Sedunia..:D.

Kita berpusing2 cari BJ Kompleks ni sambil2 melayan SMS Abg Yaman yang sengal itu. Hahaha. Ala, muka abang cam muka Pak Su belah bapak kita la. Kita ingat cam Aaron Aziz..muhahahaha *frust:D*..Kita gi BJ. Makan McD cam semalam. Pastu tengok wayang cite G.I. Joe. Kita nangis bila tengok watak Ana dalam tu. Kita lah Ana tu. Dia lawan perasaan dia demi kasih sayang dia kepada abang dia. Ah, tengokla sendiri, takmola wat spoiler kan. Masa dalam panggung kita berkenalan dengan 1 kapel ni. Husband dia sempoi gila tapi hensemla. Umur 30tahun. Wife dia baru 22tahun. Comel sangat. Ada anak umur 2tahun nama Aiman. Mula2 kita usik Aiman ni. Pastu yang husband dia tanya "datang sorang ke?"...(sila dengar jawapan ini ya En Fathi:D)
"ha'a..abis pakwe kita sengal:D"...pastu berkenalan la siap cakap ngan diorang kalo datang USM carikla aku yang sengal ni..muhaha..dan kita soh Aiman panggil kita Acik sama cam anak2 saudara kita panggil kita. Sebelum tu kita kenal Aiman umur 8tahun dalam lif. Comel2 orang nama Aiman ni. Orang nama Latifah @ Tipah lagilah comel..muhahahaha *grandiose*.Tapi orang nama Ayie tak comel ok.Dia comot. Kita kucing. Awak anjing..Sekarang ni kalau kita nampak anjing, anjing tu yang lari. Betapa saikonya kita kan..hohoho..*war*

Kita wat panggung tu cam umah kita. Kaki naik atas kerusi semua dah. Pastu nak gi toilet kita gi je. Lalu kat depan. Kita rasa orang dah tak tengok cite tapi tengok kita. Muhahahaha. Sebelum kita masuk panggung lagi kita sembang dengan Kevin, pengurus kat situ. Dia pun kata seronok kita dah ok berbanding semalam. Dan dia teringin nak jumpe En Ayie (bukan nama sebenar:D)..Siapla awak kita saikokan awak ngan kawan2 kita. Hehehehe. Tapi kita seronok sangat kawan ngan awak sebab awak jadi kawan kita yang paling baik (sila kawal pengembangan hidung:P). Kita appreciate sangat yang awak tak kata tidak bila kita tanya pendapat awak sama ada ok ke tak kalo kita free hair. Abg Bob kita pun dah meroyan bila kita tanya pendapat dia. Letih. Sebab tu kita lebih percaya pada orang yang baca blog kita dan yang nampak kita kat kampus ni. Sharina pun dah senyum2 nampak kita dalam lecture hall. Kita pun dah start baik dengan lecturer kita Dr Aida. Siap mintak email ngan phone no untuk mengelakkan seorang abang kita daripada meroyan. Muhahahaha.

Alhamdulillah. Kita rasa tenang dan bahagia sangat. Kita tak sangka Allah akan bagi kita rasa sebahagia ni. Kita takde lagi rasa sedih dalam hati kita. Takde lagi rase dendam, kecik hati dan segala2 yang negatif tu. Haih..terlalu bahagiala rasanya. Tak terucap dengan kata2. Muhahaha. Geli gila gua dengan diri gua ni. Kita pun ada berkenalan dengan Izam dan kawannya kat Watson's tadi:)..Besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kat kita sampai kita dah lupa segala penderitaan kita sejak kita berumur 5tahun. *sigh*.

So, kepada sape2 yang nampak kita tegurla. Yang pompuan bolehla kita peluk, yang laki kita sepak je kalo ngade2 malas2 semua. Kita rasa bersyukur sangat sebab kita pernah bagitau Ayie yang kita gembira kalau orang2 di sekeliling kita gembira..:)..Kita takleh terima bila orang mengeluh yang dia tak kaya jadi dia tak boleh nak menderma. Crap! Sebab kita semua boleh mula dengan senyum. Senyum itu sedekah. Derma darah. Lagi banyak pahala. Derma singgit dua kat tabung masjid atau tabung kat McD ke KFC ke mana2 la. Yang penting ikhlas dan takde niat nak menunjuk2..:)

Awak, ada tak rasa cam makin sayang kat kita??? *muhahahaha*

No comments:

Post a Comment